

Ministry of Tourism, Culture
and Environment, Sabah (KePKAS)

GARIS PANDUAN PERMOHONAN LESEN PERNIAGAAN PENGENDALIAN PELANCONGAN DALAM NEGERI (SABAH-MM2H)
TARIKH KUAT KUASA: 1 Oktober 2024
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Syarikat Sendirian Berhad yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777].
​
2. Mematuhi syarat modal berbayar diterbitkan sebanyak minima RM50,000.00.
3. Akaun bank syarikat hanya ditandatangani oleh pemegang saham dan pengarah syarikat sahaja atau mana-mana individu yang dilantik oleh syarikat secara rasmi.
4. Pemegang Saham hendaklah 100% warganegara Malaysia di mana 51% daripada saham tersebut hendaklah warganegara berasal dari Sabah.
5. Pemegang Saham tidak mempunyai kepentingan (ekuiti saham) dalam mana-mana syarikat SABAH-MM2H lain yang berlesen di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].
6. Pemegang saham individu/syarikat asing/ekuiti asing tidak dibenarkan memohon. Warganegara asing hanya dibenarkan untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah dengan kelulusan daripada pihak berkuasa dan bukan merupakan peserta Program SABAH-MM2H.
7. Ahli Lembaga Pengarah hendaklah minimum 51% terdiri daripada warganegara yang berasal dari Sabah.​
​​
8. Syarikat perlu menggaji sekurang-kurangnya minimum 51% warganegara yang berasal dari Sabah di peringkat pengurusan dan
profesional.
9. Pendaftaran syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hendaklah seperti berikut:
Contoh: ABC (MM2H) SABAH Sdn. Bhd.
10. Nature of Business hendaklah menyatakan perniagaan yang dijalankan berkaitan dengan (SABAH-MM2H) atau konsultansi.
11. Keluasan minimum saiz premis untuk ibu pejabat dan cawangan adalah minimum 100 kaki persegi.
12. Syarikat hendaklah mendaftar dengan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mana-mana entiti perniagaan/perseorangan asing yang berurusan bagi pihak syarikat di luar negara bagi tujuan promosi/pengambilan peserta SABAH-MM2H.
13. Syarikat hendaklah memberitahu Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar mengenai apa-apa kontrak yang dibuat dengan mana-mana entiti perniagaan/perseorangan asing dalam masa tiga puluh hari dari tarikh kontrak itu dan hendaklah memberi kepada Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar apa-apa butir mengenai kontrak itu sebagaimana yang dikehendakinya. Butiran Kontrak tersebut seperti di Lampiran A.
14. Syarikat pengendali SABAH-MM2H boleh mengenakan caj perkhidmatan kepada peserta SABAH-MM2H pada kadar yang selaras dengan penetapan di bawah Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 [Akta 723] iaitu RM15,000.00 bagi peserta
SABAH-MM2H.
​
15. Berhubung dengan caj perkhidmatan Syarikat pengendali SABAH-MM2H, pengambilan deposit maksimum sebanyak 20% dari nilai keseluruhan caj perkhidmatan itu adalah dibenarkan sebagai pendahuluan dan baki bayaran selebihnya boleh dibuat selepas permohonan sebagai peserta SABAH-MM2H berjaya serta pas/dokumen telah dicetak.
​
16. Syarikat dikehendaki memberikan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar selaku wakil Pesuruhjaya Pelancongan suatu Jaminan Bank sebanyak RM50,000.00 mengikut format seperti di Lampiran B bagi maksud pampasan, bayaran balik atau perlindungan kepada peserta SABAH-MM2H (diserahkan selepas pemeriksaan premis).
17. Berhubung dengan perenggan 1.16. di atas, Kerajaan berhak untuk membuat penolakan atau rampasan terhadap Jaminan Bank yang diberikan oleh Syarikat, sekiranya Syarikat didapati:
(a) mengenakan caj perkhidmatan yang tidak mematuhi kadar yang dinyatakan di perenggan 1.14; dan/atau
(b) mengambil deposit yang melebihi peratusan maksimum yang dinyatakan di perenggan 1.15.
​
18. Syarikat dikehendaki menyediakan terma dan syarat seragam perjanjian untuk peserta SABAH-MM2H yang dikendalikan olehnya mengikut format seperti Lampiran C.
19. Bebas daripada kompaun di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] atau Akta Pelesenan Kenderaan Pelancongan 1999 [Akta 594] (Sabah, Sarawak dan WP Labuan) dan tuntutan “award” tertunggak dalam sektor pelancongan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).
20. Pihak syarikat bertanggungjawab melaksanakan dengan sebaiknya semua perkhidmatan yang berkaitan dengan peserta SABAH-MM2H seperti di Lampiran D. Kegagalan pihak syarikat melaksanakan tanggungjawab seperti di Lampiran D akan dianggap sebagai ketidakpatuhan syarat lesen dan boleh diambil tindakan.